Tuesday, December 30, 2008

sendiri

harap org faham
yang aku
ingin bersendiri
sudah bersendiri

Friday, September 26, 2008

Aku Seorang Kakak

3 malam yg lepas,aku mimpi indah..dalam mimpi itu,aku adalah seorang wanita yang banyak duit..(dari mane dtg pun aku taktau) sesungguhnya, aku memang tak bekerja lagi, maka agak tak logik lah mimpi ini ye tuan2 dan puan2..

nak dijadikan cerita, bermulalah adegan mimpi aku itu dengan aksi aku berjalan keseorangan, ber'handbag' yang agak mahal,baju yang 'semart',menuju ke mana..ermm..aku agak tak sure..tapi, apa yang aku pasti, tempat kejadian adalah di sekitar bandar port dickson..(alahai kelakarnye mimpi) aku seperti tidak tahu ke mana arah tuju aku tetapi aku telah mengunjungi ke sebuah butik Guess..(sejak biler p.d ade butik Guess??) lebih kurang 15minit aku berada di dalam butik itu, aku terus mencapai sebuah beg duit berwarna hitam dan terus membayar di kaunter pembayaran..(harga tak ingat)

kemudiannya, aku berjalan keluar dari butik itu dan teringin pulang ke rumah..(wah!aku ade ghumah kt p.d??) dalam perjalanan aku ke rumah, sebuah kereta merah berhenti di hadapan aku dan menyapa, "nim!lame x jumpe weh!bye!". kemudian berlalu pergi..(tak ingat plak sape die)

sampai sahaja di rumah, aku baru sedar yang rumahku agak besar, mewah, dan banyak bilik..tapi sunyi..tak lama kemudian, aku masuk ke dalam bilik dan keluar semula untuk mendapatkan adik2 aku, adib dan haziq di ruang legar depan bilik...(aduh!ruang legar..tak tahan seyh minah ni)

adik2 aku ingin ke sekolah..(tapi bile mase dorang skola ptg gak eh) aku sendiri yang menyiapkan mereka dengan pakaian sekolah lengkap dan kemas..sapu bedak ke pipi mereka dan menyikat rambut supaya kasi kacak! memang mereka kacak..(cehhh...) setelah sempurna semuanya, aku cium pipi masing2 dan menyuruh pakdriver menghantar mereka..aku berikan duit belanja masing2..

kemudian,hati aku lega... dan aku terjaga dari mimpi indah ini..aku bangun dengan senyuman yang lebar sebab aku sempat menikmati menjadi seorang kakak yang kaya dan baik hati dan penyayang...hahahaha...

bes giler mimpi nih sampai aku nk smbung balik..

p/s: tak logik:
-ke mane peginye ibu ayah n adik pompuan aku?
-kaya tapi gi soping jln kaki jer..
-aku dh tak cium adib time die dh besar nih..dulu2 ade la..haihh..

Saturday, September 6, 2008

aku.kamu.guru.

terima kaseh aku ucap kepada guru yang mendorong aku 'to create a blog' ni..bukan setakat mendorong,malah mendesak supaya aku turut serta bersamanya dlm memperjuangkan blog sedunia..kalau diikutkan hati aku yang memang tak seberape sehat ni, aku memang malas.tapi apekan daya..kalau dh kate sygkan guru tu,ikutkan ajelah..'basically',aku takde idea langsung nk bagi sesuatu yg bernas atau bermanfaat atau sedap dibaca oleh 'bakal' pembaca blog aku ni.memandangkan aku tengok 'mcm bes je' guru aku n teha 'blogging',jadi aku jadi 'excited' plak nk neruskan kerjaye nih..

cakap pasal guru aku ni..die mmg betul seorang guru.even sebelum jadi seorang guru pun die mmg t'lah banyak mengajar aku perkara2 yang aku tak pernah tahu dan dah tahu..maka aku menjadi seorang yang ingin tahu plak jadinya...hahaha..ape2 pun guru aku tu je yg paling memahami perangai aku s'lain drp kawan2 rapat aku..

trima kaseh..guru yang aku sayangi..